Naji Subhah

Naji Mustafa Abdullah Subhah (Bahasa Arab: ناجي مصطفى عبد الله صبحة‎, 1937–2004) ialah salah seorang pengasas bersama bagi Gerakan Perjuangan Islam atau Hamas. Beliau dilahirkan di bandar Anabta yang terletak di Timur wilayah Tulkarm pada Ogos 1937[1]. Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 2004 di hospital pakar Nablus, dan dikebumikan di kampung halamannya, Anabta[2].Salah seorang anak beliau merupakan seorang aktivis Hamas dan penulis buku, Muhammad Naji Subhah[3].